Kelayakan Menjadi Ahli

Keahlian terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun keatas, berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Keahlian terbahagi kepada dua iaitu Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu seperti berikut:-

Ahli Biasa

Menjadi ahli sesuatu badan professional seperti yang diperuntukan dalam Akta Syarikat 1965 atau dilesenkan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia seperti yang diperuntukan dalam Akta Syarikat 1965

Ahli Bersekutu

Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun difirma kesetiausahaan atau firma-firma berkaitan dan mendapat surat sokongan dari majikan, atau

Telah memohon lesen setiausaha Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ahli Bersekutu tidak boleh dipilih / dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa walaupun berhak memilih/ mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.