Matlamat Organisasi

Tentang SUTERA

Meningkatkan taraf professionalisme Setiausaha- Setiausaha Syarikat Bumiputera di Wilayah Utara.

Mewujudkan Kemahiran dikalangan Setiausaha Syarikat Bumiputera yang berlesen dengan pengetahuan tentang Akta Syarikat melalui :

Bertukar Fikiran. Diskusi atau forum bersama ahli atau menjemput pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan lain-lain agensi yang berkaitan sebagai penceramah bagi mendapatkan maklumat terbaru tentang prosidur kesetiausahaan dan Akta Syarikat dan lain-lain.

Mewujudkan setiausaha yang peka dengan kelemahan pengarah-pengarah syarikat terutama pengarah bumiputera yang asing dengan ilmu pensyarikatan dan terdedah kepada denda-denda.

Pertubuhan ini akan menjadi ‘Payung’ tempat ‘berteduh’ dan wakil ahli-ahli bagi menyampaikan sebarang pandangan kepada pihak suruhanjaya syarikat Malaysia dan lain-lain agensi.

Perlembangaan ini akan mewujudkan satu kod etika agar menjadi garis panduan kepada semua pengamal khidmat kesetiausahaan agar tidak ada yang melakukan amalan yang merosakan nama bagi profession kesetiausahaan syarikat.